GUA MUSANG: Ahli keluarga Halim Asin yang maut selepas dipercayai diserang harimau Selasa lepas, berharap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dapat menjejak dan menangkap binatang buas berkenaan.
Bapa mangsa, Asin Parang, 68, berkata dia dan ahli keluarga semestinya sukar melupakan tragedi hitam yang meragut nyawa Halim, 27, anak keempat daripada enam beradik itu.
"Kalau ikutkan hati yang panas, saya mahu harimau itu juga mati kerana telah menyebabkan kematian anak.
"Banyak binatang lain dalam hutan untuk dimakan, tetapi manusia juga kena serang. Saya berharap harimau berkenaan pergi jauh dari kampung ini," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Aring 5, di sini.
Asin berkata ahli keluarganya masih berkurung di dalam rumah sahaja ketika ini kerana trauma dengan kejadian serangan harimau yang berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Kampung Aring 5.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata hasil pemeriksaan fizikal mendapati terdapat kesan gigitan pada leher mangsa dan anggota Perhilitan masih lagi berada di lokasi kejadian untuk membuat siasatan lanjut.
"Proses bedah siasat dilakukan di Hospital Gua Musang pada 11 pagi ini bagi mengetahui punca kematian mangsa.
"Kami masih menunggu laporan punca kematian mangsa sama ada disebabkan serangan haiwan liar atau sebaliknya," katanya.
Terdahulu, media melaporkan Halim menjadi mangsa serangan harimau ketika memancing bersama anak saudaranya Alang Kuang yang berusia lapan tahun di hulu Sungai Aring.
Semalam, mayat Orang Asli suku kaum Bateq itu ditemukan oleh pasukan penyelamat pada pukul 5.10 petang dalam keadaan terlungkup dan tersangkut pada tunggul kayu di di Kuala Sungai Tunggul pada jarak kira-kira dua kilometer (km) dari tempat kejadian
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 13 2023
Asin (kiri) berkata dia dan ahli keluarga semestinya sukar melupakan tragedi hitam yang meragut nyawa Halim, 27, anak keempat daripada enam beradik itu. - Gambar/ Bernama
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.
Zii Jia antara rakan pencetus semangat untuk terus berjuang - Jin Wei
Pengikut media sosial pemain badminton perseorangan wanita profesional Goh Jin Wei mungkin menyedari keakrabannya dengan rakan senegara Lee Zii Jia, Soh Wooi Yik dan Lai Pei Jing.
Sambutan Hari Wesak medium tingkatkan pemahaman antara masyarakat berbilang kaum - Saraswathy
Selain dapat mengeratkan perpaduan ia juga menggalakkan masyarakat untuk lebih mengenali budaya agama lain.
Lelaki maut dipijak gajah di Gua Musang
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa berusia 29 tahun maut di lokasi akibat kecederaan parah.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Penyuraian trafik melalui kaedah penarikan kurangkan kesesakan di Gua Musang
Nik Raisnan berkata langkah penyuraian itu dilaksanakan pihaknya dengan kerjasama agensi penguatkuasaan.
Cuaca panas: Bomba rekod lebih 200 kes kebakaran terbuka di Kelantan
Bomba Kelantan merekodkan 232 kes kebakaran terbuka dalam tempoh lapan hari sejak 4 April lepas berikutan cuaca panas atau pembakaran terbuka.
Aliran trafik di Gua Musang sesak, perantau mula pulang
Aliran trafik di Jalan Jeli-Gua Musang, Jalan Kuala Lipis-Gua Musang dan Jalan Kuala Krai-Gua Musang sesak ekoran perantau mula pulang ke destinasi masing-masing selepas berakhir cuti Aidilfitri.
Tiga laluan utama di Gua Musang dijangka sesak Jumaat ini - Polis
Tiga laluan itu adalah Jalan Kuala Krai-Gua Musang, Jalan Kuala Lipis-Gua Musang dan Jalan Jeli-Gua Musang.
Muse Ecopark, R&R Rantau Manis - tempat riadah dan rehat menakjubkan buat pengguna laluan Pantai Timur
Pada musim perayaan ketika kenderaan bersesak memasuki Kelantan, dua kemudahan ini menawarkan lokasi istirahat lengkap untuk melepas lelah.
Pembantu stor maut motosikal terbabas bertembung treler
Seorang pemuda maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas dan kemudian bertembung dengan sebuah treler di Gua Musang.